AL QOLAM - KMNTB MEDIA: Ski
Headlines News :

Latest Post

Showing posts with label Ski. Show all posts
Showing posts with label Ski. Show all posts

Masjid Quba, Sejarah dan Keutamaannya

Written By Unknown on Sunday, September 22, 2013 | 4:43 PM

Masjid Quba adalah masjid yang pertama kali dibangun dalam peradaban sejarah Islam pada tanggal 8 Rabiul Awal 1 Hijriah. Masjid ini terletak di luar kota madinah tepatnya sekitar 5 km sebelah tenggara Madinah. Masjid Quba yang ada saat ini adalah berbeda dengan mesjid quba pada saat zaman Rasulullah saw, mesjid quba yang saat ini berdiri adalah mesjid yang telah direnovasi dan diperluas pada masa Kerajaan Arab Saudi. Renovasi dan perluasan ini menelan biaya sebesar 90 juta riyal dengan daya tampung hingga 20 ribu jamaah. Renovasi dilakukan pada tahun 1986.
Mesjid Quba

Zaman dahulu saat dibangun, masjid ini berdiri diatas kebun qurma dengan luas 1200 meter persegi, dan saat ini luas mesjid quba adalah sekitar 5.035 meter persegi. Saat ini masjid ini memiliki 19 pintu dengan 3 pintu utama tempat masuk para jamaah ke dalam masjid. Dua pintu diperuntukkan untuk masuk para jamaah laki-laki sedangkan satu pintu lainnya sebagai pintu masuk jamaah perempuan. Diseberang ruang utama mesjid, terdapat ruangan yang dijadikan tempat belajar mengajar.

Sejarah Masjid Quba

Ammar Radhiyallahu 'anhu dan kedua orang tuanya telah banyak mengalami siksaan yang amat pedih demi agama. Mereka dibaringkan di padang pasir di bawah terik matahari Makkah yang panas sekali. Setiap Baginda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam lewat di depannya, beliau menasihati mereka, "Bersabarlah, wahai keluarga Yasir, janji Allah untuk kalian adalah surga".

Denah Masjid Quba
Akhirnya, ayah Sayyidina 'Ammar Radhiyallahu fanhu yang bernama Yasir Radhiyallohu 'anhu wafat akibat penyiksaan itu. Para penzhalim tidak membiarkan dia hidup tenang sampai ia wafat. lbu Sayyidina 'Ammar Radhiyallahu eanhu yang bernama Sumayyah Radhiyallahu 'anha, ditikam kemaluannya dengan tombak oleh Abu Jahal yang terkutuk, sehingga ia pun mati syahid. la tidak meninggalkan Islam walaupun mengalami berbagai penderitaan di saat umurnya sudah tua dan fisiknya sudah lemah. Walaupun begitu, Abu Jahal tidak menaruh belas kasihan kepadanya. Dialah orang yang pertama kali mati syahid dalam sejarah Islam.

Dalam sejarah Islam, masjid yang pertama adalah masjid Quba yang dibangun oleh Sayyidina 'Ammar Radhiyallahu lanhu. Ketika Baginda Nabi Shaliallahu wasallam dalam perjalanan hijrah ke Madinah, di kampung Quba, Sayyidina 'Ammar Radhiyallahu 'anhu mengusulkan, untuk membangun tempat berteduh bagi Baginda Nabi Shallailahu alaihi wasallam agar dapat beristirahat siang dan mendirikan shalat dengan tenang. Lalu, Sayyidina 'Ammar Radhiyallahu 'anhu mulai mengumpulkan batu-batu dan mendirikan masjid.

Rasulullah saw adalah yang pertama kali meletakkan batu tepat di kiblatnya, Abu bakar kemudian datang membawa batu dan meletakkannya. Dilanjutkan Umar yang meletakkan batu disamping batu abu bakar. Setelah itu barulah kaum muslimin beramai ramai membangunnya. 

Al khathabi menginformasikan dari As syamusi binti an-numan, "Tatkala Rasulullah membangun Mesjid Quba, Sayyidina Ammar bin Auf datang membawa batu yang diikatkan di perutnya lalu meletakannya. Seorang pria kemudian datang hendak mengangkatnya, tetapi dia tidak kuat. Rasulullah pun menyuruh lelaki itu meninggalkannya dan mengambil batu yang lain.

Sayyidina 'Ammar Radhiyollahu anhu selalu menyertai setiap pertempuran dengan penuh semangat. Pernah ia dengan penuh suka cita berkata dalam suatu pertempuran, "Sebentar lagi akan kujumpai kekasih-kekasihku, Baginda Nabi saw beserta jamaahnya". Kemudian ia merasa sangat haus. Ia meminta segelas air dari seseorang, namun orang itu menyodorkan kepadanya segelas susu. Ia meminumnya lalu berkata, " Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: 'Yang terakhir kamu minum di dunia ini adalah susu'. setelah berkata demikian, ia pun mati syahid. Ia meninggal dunia pada usia 94 tahun, dan ada lagi sebagian riwayat yang menyatakan dia meninggal dalam usia 92 tahun. (Fadhilah amal)


Keutamaan Masjid Quba dalam Quran dan Hadist

لَا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا ۚ لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ ۚ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا ۚ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

"....Sesungguhnya mesjid yang didirikan atas dasar takwa (Mesjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. Di dalamnya mesjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih" (QS At Taubah: 108)

"Ketika pembangunan Masjid ini selesai, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam mengimami shalat selama 20 hari. Semasa hidupnya, lelaki yang dijuluki Al-Amin ini selalu pergi ke Masjid Quba setiap hari Sabtu, Senin dan Kamis. Setelah Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam wafat, para sahabat menziarahi masjid ini dan melakukan salat di sana."( HR. Bukhari no. 1117 , HR. Muslim no. 2478)

Shalat di masjid Quba memiliki keutamaan. Menurut Hadits Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu bin Sahl bin Hunaif radhiyallahu ‘anhum, ia pernah mendengar Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: “Barangsiapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba, lalu ia shalat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah”.( HR. Tirmizi no. 298. Ibnu Majah no. 1401)

Kisah Imam Ghazali Dengan Perompak Dan Seekor Lalat

Written By Unknown on Thursday, September 19, 2013 | 8:28 AM


Salam sahabat semua, kali ni saya nak kongsikan sebuah kisah yang saya dapat daripada artikel zaman saya belajar dulu. Masa kemas buku-buku dan fail-fail lama tempoh hari, saya terjumpa artikel tersebut dan menaipnya semula disini untuk dikongsi bersama. Mudah-mudahan dapat sama-sama kita ambil manfaat daripadanya..

Sewaktu pulang dari Jarjan menuju kampungnya di Thusia, segerombolan perompak padang pasir telah menyerang rombongan yang disertai oleh Imam Ghazali. Mereka merampas harta yang ada pada rombongan itu. Antara yang dirampas ialah catatan ilmu yang dipelajari oleh beliau dari gurunya di Jarjan iaitu Imam Abu Nashir Al-Ismaili.

Imam Ghazali menemui ketua perompak itu dan meminta agar catatannya dipulangkan kerana beliau sangat menyayangi dan menghargainya. Mendengar permintaan Imam Ghazali, ketua perompak itu bertanya secara menyindir "Untuk apa catatan ini wahai anak muda? Bukankah engkau telah menghafal dan memahami seluruh isi kandungannya?"

Namun begitu, ketua perompak akhirnya memulangkan kembali catatan tersebut kepada Imam Ghazali. Selepas peristiwa itu, Imam Ghazali menghafal seluruh isi catatannya itu dan apabila menghadiri majlis-majlis ilmu, beliau lebih mengutamakan pemahaman yang sungguh-sungguh dari sekadar mencatat. Beliau benar-benar terkesan dengan sindiran ketua perompak itu.

Benarlah kata hukama " Jangan engkau melihat kepada sesiapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikata".

Setelah Imam Ghazali wafat, Mufti Damsyik ketika itu telah bermimpi bertemu dengan Imam Ghazali di suatu tempat yang indah. Apabila Mufti tersebut bertanya kepadanya bagaimanakah beliau boleh berada di tempat yang sebegitu indah, Imam Ghazali menjawab " Ini adalah rahmat dan kasih sayang Tuhanku. Pernah ada suatu ketika sewaktu aku sedang mengarang kitab Ihya' Ulumuddin di atas loteng Masjid Umawi, seekor lalat hinggap di atas bekas dakwatku untuk menghilang dahaganya. Aku membiarkan ia minum dakwat tersebut hinggalah ia selesai dan puas. Setelah lalat itu terbang dari bekas dakwat tersebut, barulah aku menyambung semula kerja-kerja penulisanku yang terhenti sebentar.

Kisah ini memberi gambaran betapa Imam Ghazali benar-benar menulis berdasarkan rasa hati. Beliau hayati benar-benar kesepaduan ilmu dan amal yang dikehendaki oleh Islam. Walaupun dari sudut fiqh, tidak menjadi kesalahan jika beliau menghalau lalat tersebut dari bekas dakwatnya itu, namun beliau tidak berbuat begitu.

Ilmu tentang akhlak yang terdapat dalam tasawuf telah sebati dengan dirinya. Dalam keadaan asyik, hatinya mudah tersentuh melihat seekor lalat yang seolah-olah menagih simpati untuk berhenti menghilangkan dahaga. Begitu halus perasaan beliau hatta terhadap seekor lalat yang kecil.

Imam Ghazali pernah bermuzakarah (berbincang) dengan orang-orang yang terdiri dari pelbagai pemikiran dan aliran fahaman. Baginya muzakarah diniatkan untuk mencari kebenaran bukan mencari kemenangan. Justeru itu, beliau tetap senang hati jika kebenaran itu datang dari orang lain.

Pernah suatu ketika, selepas keluar dari majlis muzakarah, Imam Ghazali memuji orang yang bermuzakarah dengannya di hadapan orang lain sambil berkata "Hebat akalnya!" Sedangkan orang yang dipujinya itu keluar dari majlis itu dengan bangga sambil memperkecilkan ilmu Imam Ghazali.

Pesan Imam Ghazali, jangan sampai kita jemu melakukan sesuatu kebaikan oleh sebab kekerapan melakukannya sebagaimana kita jemu dengan makanan yang selalu kita makan. Amalan, walau sebesar habuk sekalipun tetap dinilai di sisi Allah. Dan Allah sahaja yang tahu kecil atau besar nilai sesuatu amalan yang kita buat dan amalan manakah yang menyebabkan Dia menurunkan rahmat-Nya kepada kita.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AL QOLAM - KMNTB MEDIA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger